PAKEJ 1 : Bayaran pemasangan RM35
Pakej 1 mewajibkan anda untuk membuat bayaran bulanan secara AUTO DEBIT dari kad VISA/Mastercard.
Pakej ini juga terikat dengan kontrak selama 24 bulan @ 2 tahun. Sepanjang tempoh kontrak, anda TIDAK dibenarkan untuk membatalkan langganan Astro. Jika anda melanggar kontrak dengan membatalkan langganan Astro, pihak Astro akan mengenakan DENDA @ PENALTI sebanyak RM1000.
Pakej 1 membolehkan anda memilih langganan bulanan bawah RM80 ATAU lebih RM80. Percuma preview tertakluk kepada bayaran bulanan anda & hanya aktif selepas 30 hari dari tarikh pemasangan Astro.
PAKEJ 2 : Bayaran pemasangan RM199 (Beyond) dan RM299 (PVR)
Pakej 2 adalah pakej yang boleh dikatakan mahal bagi harga pemasangan Astro. Namun begitu, masih terdapat kelebihan untuk pakej ini.
Terdapat 2 harga bagi pakej ini, iaitu harga pemasangan RM199 bagi Astro Beyond dan RM299 bagi Astro PVR (ada perakam). Pakej ini TIADA KONTRAK, TIADA BAYARAN AUTO-DEBIT.
Tetapi pakej ini memiliki syarat iaitu, anda perlu melanggan pack yang berjumlah LEBIH RM80 iaitu minimum Value Pack @ langganan yang lebih mahal dari Value Pack. (Contoh : Super Pack). Jika langganan anda kurang dari RM80, anda TIDAK LAYAK memilih pakej 2 ini.
Pakej ini memberi anda REBATE sebanyak RM25 selama 24 bulan @ 2 tahun. Dengan jumlah terkumpul sebanyak RM600. Rebate ini akan ditolak dari jumlah bayaran bulanan bil anda. Namun begitu, rebate sah selagi anda membayar secara ON-TIME (tanpa miss/tertinggal, tanpa TUNGGAKKAN). Jika anda tidak berjaya membayar secara konsisten ON-TIME, maka REBATE ini akan terbatal.
Sebagai contoh : Selama 6 bulan anda telah membayar bil langganan secara konsisten & ON-TIME. Malangnya, pada bulan ke-7, anda mengalami tunggakan bil dan telah selesaikan bayaran bil seperti yang dikehendaki. Disebabkan kegagalan anda membayar secara ON-TIME pada bulan ke-7, maka rebate anda pada bulan ke 8, 9 dan seterusnya adalah TERBATAL. Kerana itu, amat penting anda faham bagaimana rebate ini sah digunakan.
Diharapkan anda meneliti terlebih dahulu kelebihan bagi kedua-dua Pakej ini. Pakej 1 atau Pakej 2, masing-masing ada kelebihan yang tersendiri.
Pilihan di tangan anda. Jika anda masih kurang jelas, boleh terus hubungi talian di bawah :
No comments:
Post a Comment